Saturday, December 31, 2011

2012

detik berganti detik
hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun

masa sentiasa berputar
patuh!
tanpa sesaat terlewat

yang pergi tetap pergi
hanya doa mengiringi

yang nyawa masih dikandung badan
teruskan perjuang
perjuang untuk terus menjadi seorang insan

moga tahun baru ini, 2012
membawa sinar baru dalam hidup ku
agar aku lebih kuat
lebih tabah
dalam menjalani hari-hari mendatang

cahaya datanglah pada ku
bawa keceriaan
dalam setiap hari ku!

SELAMAT TAHUN BARU, 2012

Thursday, December 29, 2011

penhati

penhati menari-nari

mengikut alunan denyutan nadi
rentak degupan jantung
melodi aliran darah

yang sering beiringan
pada setiap detik
setiap ketika

mencoret luahan dalam diri
dalam diri seorang insan

selagi nyawa masih dipunya
kerana ianya hanya pinjaman

pinjaman dari-NYA
dari-NYA yang kuasa.....


menangis la...

menangis buat aku lemas
menangis buat aku rimas

tapi

tangisan itu penuh keinsafan
buat aku sedar akan kesilapan

tangisan itu buat aku sedikit lega
kerana beban pergi bersamanya

tangisan itu juga mungkin menjadi punca
punca aku untuk melayari bahtera-NYA
dengan lebih tabah
lebih cekal
sehingga apa sekali pun yang ada di depan
mampu aku tepis
mampu aku gilis
demi mendapat keredhaan-NYA

this is called

"comfort for the tears"

itu janji-NYA.....